Thursday, July 28, 2011

Masa untuk berkonfrantasi





Selepas selasai aksi-aksi ala sarkas tempoh hari..aku dapat rasakan Harimau Malaya semakin tajam kuku dan taringnya namun..selepas bertempur dengan Sang Singa di kandangnya..tercalit parut dan luka. Nyatanya kesan daripada Perlawanan sarkas itu tidak membawa kepada hasilnya..sungguh sadis...

Namun berbekalkan 3 cakaran..Ramai percaya Harimau Malaya mampu membinasakan keseluruhan organ-organ Sang Singa di dalam Kandang sendiri.. Lupakan seketika formasi ala Bodoh Kepal yang dicaturi sebelum ini..fokus kepada percaturan yang baru di dalam Kandang sendiri...

Ayuh perahkan keringat yang ada!!!!


Monday, June 20, 2011

Manga

Iaitu sejenis buah yang amat disukai oleh penulis yang dibiasakan disebut sebagai buah pauh. Tapi bukan itu sebenar maksud penulis, yang sebenarnya adalah merujuk kepada komik alaa orang Jepang sebut sebagai Manga. Tak kala ini penulis dengan melayan manga naruto shippuden. Yerr hanya anime jepang ni saje yang penulis layan..emmmm yang lain-lain belum lagi...Mana taknya anime ni mula dilayan oleh penulis semasa zaman blajar kat skudai tuu pun timbul nafsu untuk mengetahui selepas melihat rakan sekuliah duk sibuk download anime ni








Betulla peribahasa yang berbunyi tak kenal maka tak cinta yerr masa cuti semester mula start layan trus melekat dari asalnya hanya nak tahu siapa itu naruto episod 1 sehingga laa skarang dah beratus episod..ahahah

Saturday, June 18, 2011

Digodam vs Penggodam

Anonymous 

Kambeng Merah: Katanya dari Malaysia

Untuk kala ini heboh berceritakan berkenaan prihal kebanyakkan lama web kat Malaysia iaitu kebanyakkan laman web kera jaan telah digodam... Tapi biasanya kalau ayat klasik Godam yang digunakan oleh rakyat Kelantan akan disebut seperti ini Godey iaitu membawa maksud kena pukul, lanyak dan sebagainya. Memang sesuailaakan... Aku nak petik sedikit beberapa laman web yang kena godam.. kebanyakkan dena DDOS (Distributed Denial of Service) iaitu menyebabkan susah orang yang nak akses kelaman web/portal tersebut. Berikut adalah laman web yang kena godam yang sempat direkodkan:


List of government websites that was attacked by hacker group Anonymous with the help of local hacking group in ‘Operation Malaysia’.
Malaysia Official Government Website
June 16th: DoS / Switched off - Up at 3:49am - Down at 4:06am - Up at 7:00am - Down at 3:31pm

June 17th: Up at 7:00am
Other Malaysian wesites:
Websites:Type of attackStatus
SabahTourism.comHacked + leakedDown
Jabatan Perdana MenteriHacked / RedirectedUp
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia)HackedUp
Tourism MalaysiaUnaffectedUp
UiTM PenangHacked but back upDown
JBiotechHackedDown
Social Welfare Department (Ezi2Care)HackedDown
Jabatan Perpaduan Negara (Intranet)HackedUp
CIMBbizchannel (CIMB owned)HackedUp
CIDBHacked but back upDown
Land Public Transport Commision Hacked but back upUp
1MalaysiaDoS / Switched offUp
Malaysian Communications and Multimedia CommissionUnaffectedUp
ASEANConnectDoS / Switched offDown
Malaysian Meteorological ServiceDoS / Switched offDown
Ministry of EducationDoS / Switched offUp
Suruhanjaya Pilihanraya MalaysiaDoS / Switched offDown
Bomba DoS / Switched offUp
TMNet UnaffectedUp
Kementerian Kerja Raya MalaysiaDoS / Switched offUp
Parlimen MalaysiaDoS / Switched offUp
Malaysian TreasuryDoS / Switched offUp
University Kebangsaan MalaysiaDoS / Switched offUp
Jobs MalaysiaDoS / Switched offDown
Information, Communications and CultureDoS / Switched offUp
Human Resouce MinistryDoS / Switched offUp
National Sports CouncilDoS / Switched offUp
Polis Diraja Malaysia (PDRM)DoS / Switched offUp


Senarai ni aku petik dari laman sesawang YES ---> http://world.yes.my/?q=ytlc&id=511


 Yang warna merah tu aku letak sebab dia Loozerr katanya databasenya telah dipublishkan ke satu laman web yang tak dikenali.
 Manakala yang berwarna Pink tu aku buat sebab kononya depa power tak lutt kot :P


Tapi yang kelakarnya ada seorang menteri ni..tah mana dia dapat nasihat dan rujukan yang dianyatakan  dia percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini. Perrrhhh sempitnya kesimpulan yang dibuat. Gamaknya kat Turki dan Spain pun ada jugaklaa Himpunan Bersih ni.. Global baiiii!!


Cuba tunggu hasil siasat daripada pihak PAKAR IT kat dalam Kerajaan dulu..ada yang maklumkan depaa tu dari Luar negara dan ada dalam negara. Tapi masa pagi tu aku sempat usharr beberapa lama web kerajaan yang dikatakan kena godam ni..nak jadi halnya satu laman web tu siap maklumkan yang diorang tengah buat penyelengaraan...adakah dah kena godam atau belum.Kalo dah kena xperrlaaa kalau belum xkan terus announce under maintenance, lawanla bajet yang diluluskan sebelum ni bukan kerr berjuta-juta..xnak kalah main Jutaaa jerrr sampai nak selenggara Facebook pun makan sampai 1.8 juta...emmmm pitih-pitih supo main cetak jerr... 

Monday, June 13, 2011

Hormati Keputusan Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sebelum apa-apa hal aku kepingin sangat ucapkan tahniah kepada The Red Warriors walaupun kalah kepada The Turtles dengan jaringan tipis [1-2] namun set demo memey hebat. Seriuos doll aku kecewa nak-nak lagi masa goal penyamaan hasil jaringan sendiri dari Daudsu. Xper lagi pun bukan salah dia tertanduk masuk goal sendiri, hormati keputusan dia untuk mengeluarkan bola dengan cara tu. Aahaaa bertepatan dengan tajuk Hormati Keputusan Aku....


Sebenarnya agak lama tak berblog..yerr macam biasalaa jawapannya adalah tiada idea..betul memang tepat sekali kerna aku bukannya seorang  blogger tegar. Tapi kala ini izinkan aku nyatakan silahlah kalian blajar menghormati keputusan orang lain. Pada kala ini kepala hotak aku sakit, sakit sangat namun sakit ini bukannya bererti aku hendak menjadi gilerr tapi emmm org ckp migraine. Tahlaa sejak dua menjak tiga menjak dan eerrr stop...terlalu pikirkan benda terutama pasal masa depan. Rupa-rupanya aku terlupa pada kata-kata ini kita hanya mampu merancang Tuhan Yang Masa Esa yang menentukan segala-galanya  kalau dah Qada'a & Qa'dar xperlulaa kita mengeluh. Weiii doll aku nak nyatakan disini serius untuk buat kali ini fok mung [korang] hormatilaa keputusan aku..kali ni aku rasa aku betul. Kenapa??? Aku nak jawab soalan kenapa dengan pertanyaan juga, bleh? Ahahah... Boleh tak sesiapa saja bertanggungjawab atas tanggungjawab yang telah diberikan kepada kalian? Boleh tak korang jangan cuba nak mengelak dengan memberi alasan-alasan untuk lepaskan diri dan jadikan orang lain sebagai mangsanya??? Maka Sialla kalian kalau gagal dalam lunaskan tanggungjawab bahkan tercelalah kalian sekiranya bergembira diatas usaha kesengsaraan orang lain.


Weiii aku rasa aku teraniaya sekarang niii...apa pun tak boleh. Sampai kala ini aku tak boleh tido..internet free peneman kala ini..haa untuk hiburkan aku terjumpa video clip yang dlmnya ada pemain TRW iaitu Apek.. Hormatilaa Apek untuk jadi popular sebegini ini kerana itu adalah Haknya...

  
Alamak rupa-rupanya, untuk kali pertama aku telah terserempak dengan konsert AF9 tadi arrrr...aku gagal dalam perjanji untuk tidak ambil kisah pasal AF..dammit..ahahah. [ jadi hormatila keputusan aku untuk terserempak dengan konsert AF9 tadi]

Sunday, May 15, 2011

[Video] Red Giant vs Red Warriors :: Semi Final FA Cup 2011 ::

Selangor FA [1] vs Kelantan FA [5]
Penjaring : Ramzul-2, NorShahrul Idlan-1, Piya-1, Nurul Azwan-1 & Amri Yahya (sel)
Lokasi: Stadium Shah Alam, Selangor




Thursday, April 28, 2011

Red Warriors and Red Devils

Nak bercerita pasal bola tempatan dan antarabangsa. Macam biasa semalam selepas perlawanan liga super yang ke15, team pilihan gua menang namun apa yang menariknya tengah hari tadi aku lunch kat kedai kegemaran bebudak opis sekitar ctu Ubi Kayu huhh terkejut beb, hampir kesemua pelayan diorang pakai jersey Perak FA termasuk anak laki tokey tu...katanya saje nak panas lain..tapi xperr aku rilex jerr malas nak cakap banyak..aku nak tunggu jer re-match Kelantan FA vs Perak FA nanti tengok macam mana... uhuhu

Dalam game semalam aku layan kat TV jerr dan yang menariknya dengar cerita ada segelintir penyokong Selangor yang brani datang SSMIV, mereka ni digelar  UltraSel. huh tegar beb...nak taw apa yang jadi dengan diorang ni..kena TETAK BEB sampai DARAH TERPANCUT KELUAR ni gambar yang dirakamkan semasa kejadian tu..perrr sanggup kah anda tengok???






credit gambar dari: www.wawanfaiz.com

sumber gambar: www.userun.net atau userun photography


sumber gambar: www.userun.net atau userun photography
Huhuhu teruknya fan TRW sampai jahat macam tu sekali yerr...emmm rasanya xder pulak artikel kat dalam Surat khabar arus perdana yang menceritakan perkara ni...pelikkk khabar angin kerr hanya gosip liar jerr...xjumpe bro!!!!

Keduanya macam biasa team pilihan aku blah eropah adalah Man United..terbaik bro walaupun aku xbangun-bangun nak tengok tapi tgk highlight pun dah kira ok..tapi alangkah ruginyaa tak dapat tengok full time arrrr....biasa laa dah tido..nikmat tido tiada tolok bandingnya...sebelah kaki ke Final nanti..Best, Double Joy for me today.

sumber gambar: www.stretford-end.com/blog


Sunday, April 24, 2011

Rahmat Tuhan Yang Maha Esa

Setiap kejadian adalah sebaik-baik ciptaan-Nya. Dah banyak bulan dah aku rasakan tak berbloger..hari ni jer tiba-tiba nak berbloger yerlaa selepas tengok citer Bloger Boy kat TB9 yess..pengaruh TV la nih. Peduli apa aku!! Mana taknya sampai lupa kata laluan. Cuba punya cuba akhirnya berjaya dan kata laluannya adalah **** hahah mana bleh tahu tu kan rahsia..tapi rahsia rahsia pun bleh kantoi jugak alaaa macam mengundi, katanya undi anda itu rahsia. Tapi rahsia sangat ker? Tah aku pun tak tahu.






Sejak kebelakangan ini Hujan selalu turun belah petang, lebat plak tu siap ada guruh dengan plakar(kilat) lagi. Cuak jugak, namun aku bersyukur sangat-sangat, yerrlaaa setiap kejadian berlaku atas muka bomi ni semua dah ada kesinambungannya. Kita sebagai makhluk yang dicipta mestila menurut dan patuh atas segala suruhan pencipta iaitu Allah. Ingat jangan merungut taw...Tapi ada benda yang aku rasakan sah untuk dirungutkan iaitu pasal gaji sekarang...iss iss iss masih duk macam tu jerr lagi bila kapal Jack Sparrow nak lalu ni leh join jantan tu uhuhu... dan pasal siaran berbayar iaitu ASTRO ada menteri kot yang komplen pasal depa ni dahlaa dapat bayaran daripada pengguna setiap bulan tapi buat lagi iklan untuk dapat bayaran..asal citer jerr skit iklan, cerita skit ada iklan...meluat jugak. Patut pengguna dapat rebate dari depa ni jika rasa anda rancangan kegemaran diganggu oleh iklan yang tah apa-apa. Aku rasa iklan banyak mengekplotasikan wanita..mana taknya iklan ubat ketiak laki pun Wanita terlibat skali..demm. Tu baru ubat ketiak, kalo yang lain-lain tu...aku jarang jumpa iklan yang tak menggunakan wanita sebagai subjeknya baik sebagai subjek utama dan yang sampingan mesti adalah..Kesianlaa dahlaa banyak dosa bertaburan kat citu.. 

Thursday, March 31, 2011

Drama atau Sinetron



Statement brani mati..aku rasa dah tak valid banner yang ada sekarang..tunggu jerlaa banner baru..uhuhuh

Tuesday, March 8, 2011

Groin

sumber: wikimedia


Ramai dikalangan kita gagal dan kurang arif tentang kesihatan diri. Ini kerana kadang kala kita jarang berfikir sebelum memulakan sesuatu aktiviti terutama aktivti yang lasak macam panjat gunung, main ruby, bola sepak, futsal, Baseball, Olahraga, Bola Jaring dan bla bla lupa untuk melakukan senaman pemanas badan, warming up.

Warming up ni penting derr sebabnyer kadang-kadang anggota serta otot-otot badan kita belum bersedia untuk melakukan tugasan yang berat. Ni aku nk cer skit pasal Groin..Penyakit ni bersangkut paut pasal otot paha senang cerita yang kat celah kangkang..rupa-rupanya sebelum melalukan aktiviti sukan semua orang mestila melakukan senaman pemanas badan dengan meregangkan otot-otot kaki..perr kalau tak korang terima laa bahananya...senang nak cakap pemain bola professional pun bleh kena padahal depa ni lagi kerap bersenam..

Ni tak...macam kita yang jarang sangat nak bersenam, tapi bila ada game turus masuk nak belasah main...sedikit info ni aku ambil dari internet carilaa bnyak lagi penyakit yang berkaitan hamstringlaa macam2laa.

Sakit doooo kalo kena, nak naik tangga payah berjalan payah, berlari perr lagi laa...nak hilangkan kena brehat dari aktiviti sukan yang lasak lebih 2 minggu.

Saturday, February 5, 2011

Selsema

Sumber: Mr G (google image)


Huh penyakit yang aku duk rasa tak akan pernah satu manusia SEKARANG ni yang hidup serta sedang menghirum udara terkecuali terkena selsema...parah dooo nak-nak lagi masa nak makan laa nak rehatlaa..nak lagi parah bila bercampur aduk...mesti diselangseli dengan bersih..tapi sebenarnya bersin ni salah satu kaedah yang menyihatkan si selesema ni sebab tiap kali bersin berjuta-juta bakteria jahat keluar tak yah susah-susah nak minum Yakut kerr Vitagen kerr..yerlaa suruh bakteria baik lawan bakteria jahat..alaaa macam iklan dlm TV tuuu...kalo yang parah lagi bila selsema kalian terfikir tak, akan berperilaku seumpama ni.....
0
0
0
Sumber: Mr G (google image)
Agak-agak nak buat macam ni ke? emmm ni kira Jenayah Fashion laa pulak..xpun pakai masa nak main futsal ok kot...uhuhuh
Sekarang ni asyik tido jerr ni kesan dari ubat selsema..cuti balik KG ni xbest plak..Tak Red Warrior langsung!!..xper-xper kira hukuman keatas dosa-dosa ku...

info: petua sekiranya hidung kita tersumbat disebabkan selsema..bernafaslaa melalui mulut untuk seketika..kesannya Insyallah rongga hidung anda akan terbuka dengan elok lepas tu [sungguh eh aku tak leboor (tipu)]

Wednesday, February 2, 2011

Selamatkan Kami!!!!!!!

Sumber: Foto FB Nik Aziz


Selama ni, kami mendiamkan diri jangan anggap kami boneka, patung barbei dan mainan yang hanya bertindak dan bergerak hanya atas riaksi orang lain. Nah bila sampai masanya jadilaa gini. Aku kagum terhadap rakya jelata di Mesir mereka united sebab mempertahankan dan merefomasikan apa yang tidak bertul..yes nampak ganas dan hardcore..eh salah tu..tapi jika dengan kelembutan dan sompan-santun dan diselangi dengan susila tidak jalan dan tindak mendatangkan hasil..jadilah begini. bak kata orang terengganu tok rok chetong ..aku bukan menyokong keganasan tapi sampat tahapnya apa yang haramnya united semua.

Kat Malaysia pesanan ringkas ini ala-ala SMS..ditujukan kepada semua pemimpin yang mengetepikan Islam sebagai paksi sebenar dalam kepimpinan mereka... Kecewa mendapat tahu hanya hari jerr kerajaan tempat Tanah Tumpahnya Darahku..baru buat keputusan yang betol nak keluarkan rakyat negaraku keluar..maybe amaran dah peringkat DARAH IKAN kot...sebelum ni amaran tahap jingga laa kelabu asap laa..tolol molep...

Sekarang Israel mula cuak sebab kebangkitan menetang siap ada laporan yang mengatakan Israel supply senjata kepada keranjaan Mesir yang sekarang..siallaa rujuk artikel ni:
http://www.hmetro.com.my/articles/IsraelhantarsenjatauntukbantuHosni/Article

Dan hasil daripada kecuakkan Israel yang konon igt diorang power..so diorang cuba alih pandangan semua manusia atas muka bumi ini dan start nak robohkan Masjid di Palastine kononnya tapak disitu untuk jadikan tempat pelarian sialan kaum mereka...  [rujuk artikel ini]

Wednesday, January 19, 2011

Aku Kaya!!?

gambar hiasan: eh macam notebook aku jerr




Siapa dalam dunia ni taknak senang, benda yang payah nak senang jerr..tambah lagi benda yang dah senang nak lagi tu senang..lantak hampa laa...


Aku kadang-kadang meluat dan duk serabut asyik orang duk menyohorkan dirinya dapat duit berlambak dari tu.. dari ni..emmm... tambah-tambah lagi yang jenis hasut masyarakat supaya join business ala-ala pakman telor(ahahah business baru)...kedian duk ambik gambar sambil pegang duit berkepu kepur..chehhhh bajet powerlaa tu dengan mengatakan "saya dah dapat..anda bila lagi".. pernahkah kita selidik unsur-unsur kecil yang tak boleh diadili oleh logik dan mata kasar yang menyumbang kepada maksud halal dan haram... nak cakap benda haram..teh tarik boleh jatuh haram kalau minumnya menyebabkan mabuk...


Kalau terjebak payahlaa beb..aku serius taknak...dulu hampir-hampir jerr..nasib baik sikap kedekut aku ni membantu (yuhuuu baguslaa keduk@kupik..ko berguna dalam situasi ni)..yang hakikatnya boleh menyumbangkan kepada kes bunuh diri akibat hutang yang xleh dilangsaikan hasil pinjaman yang dibuat..jadi kalian kenalah bijak memikirkanya bukan hanya terletak pada logik dan mata kasar sahaja. Bagi aku baik aku jual donat kerr keropok lekor kerr lagi bagus janji tak tipu orang..ni tak dah macam iklan barangan kat tv yang charge tersembunyi tulis halus-halus kat bawah(nota kaki)..ingatlaa wei kalau dari awal sumbernya yang boleh meragukan sampai kesudahnya ianya tetap meragukan...


Wei brade(brother) yang jual kuih tiap-tiap hari depan opis aku tu, sumber pendapatan bersih dia lagi banyak dari aku punya gaji..kije xderlaa kena tekan dengan bos, customer dan KPI....(idea baru sudah muncul jeng..jengggg) 


nota kuku kaki yang cekang:Entry kali ini ditujukan kepada perniagaan ala mangkuk tingkat (eh..business kami bukan MLM laa) upsss terkeluar sudah

Wednesday, January 5, 2011

Entri Pertama untuk tahun 2011


Selamat Tahun Baru untuk diri ku sendiri.. yaa...serius shit dah lama tak nengok blog ini tahh..maybe blog aku x pop-ular blog orang lain.... Apa pun aku mahu ucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang telah menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya perrr power beb aku hanya zahirkan dengan ayat berikut: (boleh diikuti dlm FB aku...aku 

Ticket : RM 30
Jersey : RM 55
Tol: RM 3.20
LRT Ticket :emm RM 2 ++ (..kot)
Watching Malaysia Win: PRICELESS!!!!!



Aku begitu teruja berbicara pasal bola sebab masa Final First Leg aku ada pergi stadium perrr terbaik. Dan sekalung pujian terutama kepada pemain Kelantan iaitu NorShahrul Idlan dan Khairul Fahmi. Aku jangka kan Mat Yo akan dijulang selaku MVP (Most Valuable  Player) namun MPP aku nobatkan kepada Khairul Fahmi Che Mat atau Apex...tak sangka masa perlawanan antara Kelantan dan pasukan liga super sebelum ni yang aku kunjungi aku selalu tengok dia duk dibangku pemain simpanan jerr..igt lagi masa first half habis dia dan pemain lain masuk padang untuk buat warming up..Aku selalu duk kata..saperr ek Keeper Klate tu hok rambut panjang..xmain2 pun, muka macam ala-ala jepun (macam aku..ahahah)..tak sangka-sangka soklan yang selalu aku timbulkan telah dijawap oleh Beliau sendiri(KFCM). Caya laa lu bro..terus maju yer!!!
Sebagai tanda sokongan aku Ucap selamat Penganti baru untuk mat yo dan untuk Apex bila lagi lu...aku suka baca interview ko kat Blog awek ko 

Ini antara Koleksi gambar yang di 'Tangkap oleh ku sendiri'


yeay--haaaa

curi-curi 


pintu 2k(smagat abg ipar aku nih)

Stadium Bkt Jalil dari view LRT

Semua Pakat jadi Ultras

Geng Ultras Malay(aku duk sebelah diorag lepas tu)


Berbalik kepada tahun baru ada satu benda yang paling best iaitu tentttt aku xnak ceritakan lagi serius lain kali yerr..tapi yang aku nak cerita adalah benda yang paling tak best iaitu pasal kerjaya aku ni..Bodoh dan bengang sungguh eh!!!!!!!!! aku mula bosan giler2 dengan kerja aku.yerr aku nekad nak cari kerja lain. Atas Dasar apa?? yer pasal Skop Kerja dan Pasal Gaji...serius tak boleh blah.. pada saat ni pun aku geram dan meluat....langkah-langkah yang lain telah diambil dengan sewajarnya dan tak perlu aku jelaskan..Korang paham-paham laa sendiri.

Monday, November 1, 2010

Perihat Piala Malaysia 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sumber: www.kelate.net


Setelah agak lama jugak saya tidak mengemaskini blog ni atas beberapa alasan yang munasabah dan sebaliknya. Tidak mengapalah lupakan sebab-sebab tersebut..

Aku kepingin sangat berceritakan sebuah kisah yang menyebabkan sejarah terbaru telah tercipta..sepanjang hidup penulis ini...kalau tidak silap pertama kali melihat bolasepak di Stadium adalah ketika suku akhir Piala Malaysia (kalau tak silaplaaa) kat Kota Bharu antara Kelantan dengan Terengganu yang melihat Kelantan gagal layak ke pusing separuh akhir..damm..walaubagaimana pun pada tahun ini merupakan perlawanan akhir yang kedua berturut-turut dan lawan yang sama. Tahun lepas aku turut serta menontonya..cisss game tu macam sial aku rasakan diorang jual game..memang paling teruk aku rasakan..kecewa memang teramat kecewa..nak mencarut sebenarnya tapi dapat kawal emosi :)

Tahun ni pada asalnya nak gerak awal kononnya selepas asar trus gerak..biasalaa brader!!! janji manismu..perrr lebih kurang gerak dari rumah pukul 5 petang sampainya 6 petang campur dengan carik parking (perancangan awal jugak nk naik kereta lipan)...Mak aiiii jauh siot sampai penat berjalan-jauh sikit dari tempat parking final tahun lepas..dahlaa lapar dollll...xper sebab ramai so kira oklaaa..Tolak, tambah, darab dan bahagi kol 6.40 baru masuk kedalam stadium..kesnya aku terpaksa duduk pada tier ke 3 lagi dammmmmmm!!!!!!!!! xder feellaaaaa...adoyaiiiiiiii...ape nak buat sape suruh lambat...tapi apa yang takpuas hati sah-sah aku nak Kutuk FAM..stadium xder air bongot cm mn nak solat mujurlaa aku ni seorang yang bijak..siap2 amik wuduk masa kat bawah..tolol sungguh..

Balik ke tempat asal..eh awekss laaa kat belakang uhuhuh. Atas dasar apa aku ckp mcm tu? rupa-rupanya tier 3 area aku duduk tu ramai famili dan awek-awek duk situ..emmm kononya xnk serabut kot duduk dengan crowd yang gila-gila...yang xbestnya agak skema mujur ada jugak beberapa kumpulan yang leh tahan masuk air..tu pun masa buat mexican wave jadi tak jadi jerkk...potong betolla.


Gewe-gewe tunggu time jah nak suruh aku snap gambar diorang..xckp awal-awal.
Dengan Gentle nya aku meng-offerkan diri amik gambar diorang..skali suke beb!!! 

Time yang xleh lupa masa Hai-O skore 1st goal perrr awek-awek kat belakang dan makcik-pakcik dan budak2 kecik menjerit perrrr kuat siol..apa lagi join the clublaaa sampai aku terkekejangan otot belakang nasib baik xrosak DSLR aku(sayang beb)..member aku Kirlah samapai sakit kepala dan Issey nak pitam mujur dia sempat pekang tiang..perrrr memang best siallllll....dan akhirnya Goal ke dua On the Run di buat oleh Piya..serious shit aku nampak jelas bola hantaran Farhan memang cantik sambil si Piya berlari kencang.

Mari pakat joget blako-lako

Kecik Po semut

Semua pakat gembira..yeehaaaa!!!

Mujur ada fok-fok ni jerr..meriah skit



Kelantan telah meletakkan diri dalam geng 13 yang telah menang PM..perrr best siap hilang tension aku... 

Sunday, October 10, 2010

Lightroom 3

Dah lama tak menjengok blog aku nih...mungkin taida idea kot..ahaha skrng ni tengah layan racangan pasal Angkasawan Malaysia Sheikh Muzafar kawin....aku nak kongsi salah satu trick dan teknik yang sama boleh digunakan untuk menghasilkan gambar macam weeding nih...selamat beramal

Baru-baru nih(tah bila tarikh sebenar..aku tak tahu) Adobe dah lancarkan software editing gambar yang rare lagi cool..perrr tergoda beb jika dah pandai buat benda nih.. iaitu Adobe Lightroom3 siap boleh betolkan noise gambar tuuu..maklumlaaa aku ni newbies guna DSLR..ahaks :) sapa yang nak try silalaaa..memang cool giler...(bak kate beavis and butthead )



Dan sapa-sapa yang nak tengok tutorial bolehla ke: http://www.photoshopuser.com/lightroom3/ atau search pada youtube lightroom 3 sure ada...

skill yang boleh anda gunakan utk hilangkan noise (sumber: Adobe)

I LIKE THIS SOFTWARE!!! RARE!!!!!!

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri



Salam lebaran semua...apa yang pasti aku sudah bekerja dari semalam, yakni pada hari selasa bersamaan 5 syawal 1431H.... tahun ni hanya aku ada adikda ku jer yang balik kg..ok juga dah dia yang nak beraya sana..mana taknya dah parents aku g umrah kan..apa-apa pun mereka dah selamat pulang ke tanah air semalam..hari ni hari kedua kije..boring doooo!!! sampai bos aku pun boring xde buat apa..dia masuk kije hari ni dan  sampai-sampai kije je trus follow up email yang aku hantar pagi semalam kat contractor, bagus2x... g lepak bilik dia jap ucap selamar hari raya[bajet dapat duit raya tambahan :P]

Yang kesianya ada staff cini yang kije masa raya dahlaa nama dia pun sama dengan bulan ni..xper2 berkhidmat untuk kemajuan dan masa depan..

Wednesday, September 1, 2010

Cerita disebalik tido malam

curusetra.files.wordpress.com
Takku sangka cepedak menjadi nangka....biasanya si penulis sekiranya tido dan bermimpi jarang benar dapat ingat kembali apa yang dimimpikan, kalau ingat pun memory ini tidak bertahan lama, tapi tidak untuk mimpi semalam kerna apa? yer sampai ke saat ni si penulis masih mengingatinya mana taknya kelakar do!!!...


Biasanya kalau tersedar daripada mimpi ngeri seelok-eloknya ludahla ke kiri...kalau mimpi basah..sure bagun kena mandi wajib... kalau mimpi kelakar macam mana? boleh ke bangun-bangun tergelak..uhhu itu lah terjadi kepada si penulis... penulis tersedar kemudian tergelak sorang-sorang dan tersenyum... mimpi ni tiada kaitan dengan keinginan si penulis ingin bermimpi berjumpa dengan gadis yang diangaukan eheheh bila laa bleh mimpikan dia ni (seruis tengah angau)..takpe lupe kan.. berbalik kepada mimpi tersebut.. penulis bermimpikan Housemate a.k.a Teman serumahnya adalah seorang yang terkenal di dalam Negara ini, siapa dia? Perdana Menteri..yer serius do!! housemate penulis dalam mimpi tu adalah YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Perrr!!!!

Memang kelakar, tak lojik dan macam-macam lagi. Mana taknya PM(Perdana Menteri) nak tinggal serumah dengan si penulis ni, lepas tu siap sembang guna ayat kau dan aku..siap leh buat lawak dan gelak-gelak sama-sama lagi..aduh pelik... masa sebelum tersedar...PM balik ke rumah kalau tak silap dalam petang dengan tergesa-gesa, masa masuk tu ada bodyguard ikut sama tapi dia tunggu kat pintu jer, lalu penulis siap tanya Jib, nape ni, kalut dan tergesa-gesa jer ni nak g mana?nak kena kuar outstation ke?.. PM: A'ah aku kena g outstationla, kat China ada seminar dan lawatan. Penulis: Yerkerr..jangan lupe yer bawak balik souvenir dari sana? boleh plak cakap macam tu...seolah-olah emm perkara biasa padahal masa yang sama penulis teramat mengerti yang housematenya itu PM. lalu tersedar sambil tergelak dan tersenyum sorang-sorang.. adohlaa macam-macam betul penangan tido ni...langsung terus sahur dengan memakan kurma dan minum air... 
Sampai laa ni masih duk pikir dan tersenyum pelik betul mimpi semalam..rasanya kesan daripada penangan hari Merdeka kot..sungguh patriotik penulis ni....


moral: kadang-kala mimpi memaikan peranan sebagai terapi untuk menghadapi tekanan keesokkan harinya. Penulis ingatkan mimpin jumpa dengan gadis yang diangaukan...  
 Apa tafsiran mimpi ni?

Monday, August 30, 2010

Merdeka


Selamat Hari Merdeka untuk negara ku yang tercinta dan tempat tanah tumpah airku..sudah 53 tahun.. walaupun berbagai halangan dan cabaran aku tetap berbangga menjadi anak Malaysia...

Friday, August 27, 2010

Ramadhan ke 17


Di awal pagi nanti akan sahur ramadhan dengan niat sahaja aku berpuasa esok hari dibulan ramadhan fardu ke atasku kerana Allah Ta'ala. Yer hari ke 16 telah ditinggal dengan berbuka pada lewat senja tadi. Tapi sepanjang 16 hari tersebut apa telah aku lakukan...ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna... namun masih kurang mungkin teramat kurang pengisian yang aku lakukan..owss jahilnya aku....jahil segenap sudut..

Saturday, August 7, 2010

Vuvuzela

Dengan penuh gaya sebab aku nak snap gambar dia

Piala Dunia dah pun lama berlalu..lagi pun musim baru untuk liga eropah dah pun nak bermula..macam biasala..tapi sekilas liga malaysia pun dah tamat dimana Selngor juara Liga SUper buat kali kedua dan buat kali pertama Kelantan mendapat naib juara..tu pun sebab banyak seri masa tengah senok awal-awal liga.

Yang istimewanya ialah Vuvuzela.. tidak disangka-sangka Vuvuzela ni menarik perhatian dunia termasukla kat Tanah Air ku ni Malaysia yang tercinta. Mana taknya ketika persiangan liga super hampir penghujungnya tempias Vuvuzela merebak yang pastinya ketika perlawanan Selangor dan Kelantan dah ada orang pakai Vuvuzela ramai beb termasuk aku..tapi akunye dalam handset jerr bunyi macam kentut. eheheh. Ia turut berlanjutan ketika perlawanan KL dengan Kelantan. Lagi ramai yang guna Vuvuzela ni. Kuat dol bunyinya.. bergogarr eh bunyinyo (loghat nogori yang tah betol ker tak). Selepas tamat aku cuba nak tengok-tengok cendermata yang boleh dibeli per siap ada jual beb. AKu sembang dengan brader yang jual Vuvuzela ni, dia cakap tempah dari Hong Kong biala tempat ciplak barang-barang orang. tapi bunyi dia memang real.. sampaikan brader ni suruh aku try tiup.. haa amik ko bukan senang nak tiup beb.. mana taknya aku bajet hebat dengan sekali hembus hemmm angi jerr yang bunyi.. dia mesti ada teknik sendiri ala-ala serunai silat tu, kena kumpulkan angin banyak kat mulut bukan kat perot dan kecilkan bukaan mulut dab barula tiup... AMARAN KERAS JANGAN TIUP KAT TELINGA ORANG LAIN boleh jadi PEKAK!!!!!!!!!! jangan nak bergurau senda yerrr.. Tapi menyesal plak tak sebat satu leh buat kenangan siap ada bendera Kelantan tu..cayalaaa.
Vuvuzela RM35 sajer!!!
Banyak angin mamat 2 orang ni!!

Budak Vuvuzela

Kalau nak di ikutkan sejarah..mungkin asal usul Vuvuzela datang dari Asia spesifik lagi kat Malaysia.Cuba tengok gambar komik ni..ada tak!!!!uhuhuhu

Serunai Silat Vs Vuvuzela (gambar dari kelate.net)