Wednesday, September 1, 2010

Cerita disebalik tido malam

curusetra.files.wordpress.com
Takku sangka cepedak menjadi nangka....biasanya si penulis sekiranya tido dan bermimpi jarang benar dapat ingat kembali apa yang dimimpikan, kalau ingat pun memory ini tidak bertahan lama, tapi tidak untuk mimpi semalam kerna apa? yer sampai ke saat ni si penulis masih mengingatinya mana taknya kelakar do!!!...


Biasanya kalau tersedar daripada mimpi ngeri seelok-eloknya ludahla ke kiri...kalau mimpi basah..sure bagun kena mandi wajib... kalau mimpi kelakar macam mana? boleh ke bangun-bangun tergelak..uhhu itu lah terjadi kepada si penulis... penulis tersedar kemudian tergelak sorang-sorang dan tersenyum... mimpi ni tiada kaitan dengan keinginan si penulis ingin bermimpi berjumpa dengan gadis yang diangaukan eheheh bila laa bleh mimpikan dia ni (seruis tengah angau)..takpe lupe kan.. berbalik kepada mimpi tersebut.. penulis bermimpikan Housemate a.k.a Teman serumahnya adalah seorang yang terkenal di dalam Negara ini, siapa dia? Perdana Menteri..yer serius do!! housemate penulis dalam mimpi tu adalah YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Perrr!!!!

Memang kelakar, tak lojik dan macam-macam lagi. Mana taknya PM(Perdana Menteri) nak tinggal serumah dengan si penulis ni, lepas tu siap sembang guna ayat kau dan aku..siap leh buat lawak dan gelak-gelak sama-sama lagi..aduh pelik... masa sebelum tersedar...PM balik ke rumah kalau tak silap dalam petang dengan tergesa-gesa, masa masuk tu ada bodyguard ikut sama tapi dia tunggu kat pintu jer, lalu penulis siap tanya Jib, nape ni, kalut dan tergesa-gesa jer ni nak g mana?nak kena kuar outstation ke?.. PM: A'ah aku kena g outstationla, kat China ada seminar dan lawatan. Penulis: Yerkerr..jangan lupe yer bawak balik souvenir dari sana? boleh plak cakap macam tu...seolah-olah emm perkara biasa padahal masa yang sama penulis teramat mengerti yang housematenya itu PM. lalu tersedar sambil tergelak dan tersenyum sorang-sorang.. adohlaa macam-macam betul penangan tido ni...langsung terus sahur dengan memakan kurma dan minum air... 
Sampai laa ni masih duk pikir dan tersenyum pelik betul mimpi semalam..rasanya kesan daripada penangan hari Merdeka kot..sungguh patriotik penulis ni....


moral: kadang-kala mimpi memaikan peranan sebagai terapi untuk menghadapi tekanan keesokkan harinya. Penulis ingatkan mimpin jumpa dengan gadis yang diangaukan...  
 Apa tafsiran mimpi ni?

No comments: