Saturday, August 7, 2010

Vuvuzela

Dengan penuh gaya sebab aku nak snap gambar dia

Piala Dunia dah pun lama berlalu..lagi pun musim baru untuk liga eropah dah pun nak bermula..macam biasala..tapi sekilas liga malaysia pun dah tamat dimana Selngor juara Liga SUper buat kali kedua dan buat kali pertama Kelantan mendapat naib juara..tu pun sebab banyak seri masa tengah senok awal-awal liga.

Yang istimewanya ialah Vuvuzela.. tidak disangka-sangka Vuvuzela ni menarik perhatian dunia termasukla kat Tanah Air ku ni Malaysia yang tercinta. Mana taknya ketika persiangan liga super hampir penghujungnya tempias Vuvuzela merebak yang pastinya ketika perlawanan Selangor dan Kelantan dah ada orang pakai Vuvuzela ramai beb termasuk aku..tapi akunye dalam handset jerr bunyi macam kentut. eheheh. Ia turut berlanjutan ketika perlawanan KL dengan Kelantan. Lagi ramai yang guna Vuvuzela ni. Kuat dol bunyinya.. bergogarr eh bunyinyo (loghat nogori yang tah betol ker tak). Selepas tamat aku cuba nak tengok-tengok cendermata yang boleh dibeli per siap ada jual beb. AKu sembang dengan brader yang jual Vuvuzela ni, dia cakap tempah dari Hong Kong biala tempat ciplak barang-barang orang. tapi bunyi dia memang real.. sampaikan brader ni suruh aku try tiup.. haa amik ko bukan senang nak tiup beb.. mana taknya aku bajet hebat dengan sekali hembus hemmm angi jerr yang bunyi.. dia mesti ada teknik sendiri ala-ala serunai silat tu, kena kumpulkan angin banyak kat mulut bukan kat perot dan kecilkan bukaan mulut dab barula tiup... AMARAN KERAS JANGAN TIUP KAT TELINGA ORANG LAIN boleh jadi PEKAK!!!!!!!!!! jangan nak bergurau senda yerrr.. Tapi menyesal plak tak sebat satu leh buat kenangan siap ada bendera Kelantan tu..cayalaaa.
Vuvuzela RM35 sajer!!!
Banyak angin mamat 2 orang ni!!

Budak Vuvuzela

Kalau nak di ikutkan sejarah..mungkin asal usul Vuvuzela datang dari Asia spesifik lagi kat Malaysia.Cuba tengok gambar komik ni..ada tak!!!!uhuhuhu

Serunai Silat Vs Vuvuzela (gambar dari kelate.net)






No comments: