Thursday, July 29, 2010

Air Mata

Salam.. Edisi kali ni nak gebang pasal air mata..sungguh bisa kah kita mengalirkan air mata dengan sewenang wenangya? bagi aku emm mungkin agak susah untuk mengalirkan air mata..tapi berlinangan adala jugak...Sebabnya tadi sementara menunggu giliran aku bagi pembentangan berkenaan projek baru (tapi bukan aku pun yang bentangkan walaupun aku PM..best!) duduk sembang dengan seorang mamat  ni..dia tinggi badan besar, kaki panjang mana tidaknya masuk keta aku terpaksala lipatkan kaki nya..ehehehe sian..dia berbicara berkenaan air mata..dia tak tahan melihat kanak-kanak yang miskin..sampai nak menangis..antara cerekarama arahan beliau.
Semasa kawan dia pergi kemboja ternampak ada seorang budak kecil tengah mengambil cebisan daging yang terjatuh pada tanah dan makan..bayangkanlaa masa tu hujan dan tanah berlopak-lopak serta daging tu dah kotor..budak tadi ambil dan basuh menggunakan lopak air kemudian kunyah beberapa ketika dia keluarkan dan letak balik..dan selang beberapa minit ada budak lain datang dan buat benda sama kemudian makan...tahu tak budak tu siapa?rupa-rupanya adik dia..perr time tu dia cakap dia menangis beb..tapi aku tak pulak ehehehe.. cuma menginsafi jerr...padahal kawan dia cerita melalui facebook jer (wall) huh siapa cakap facebook tak bagus. Bagi aku tangisan membawa keinsafan adalah berguna daripada tangisan mecari publisiti. Tapi kadang kala aku tak mampu melihat wanita menangis rasa nak tahu kenapa? tah laa mungkin sifat semula jadi aku kot..eheheh

 Tips yang berguna: Menangis adalah salah satu terapi untuk manusia terutama perempuan.
                                 Lelaki? eheh tak salah menangis, takkan hilang eh kemacholan kalian...

Sazali adalah ahli bina badan (hanya sekadar hiasan)

No comments: