Monday, June 13, 2011

Hormati Keputusan Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sebelum apa-apa hal aku kepingin sangat ucapkan tahniah kepada The Red Warriors walaupun kalah kepada The Turtles dengan jaringan tipis [1-2] namun set demo memey hebat. Seriuos doll aku kecewa nak-nak lagi masa goal penyamaan hasil jaringan sendiri dari Daudsu. Xper lagi pun bukan salah dia tertanduk masuk goal sendiri, hormati keputusan dia untuk mengeluarkan bola dengan cara tu. Aahaaa bertepatan dengan tajuk Hormati Keputusan Aku....


Sebenarnya agak lama tak berblog..yerr macam biasalaa jawapannya adalah tiada idea..betul memang tepat sekali kerna aku bukannya seorang  blogger tegar. Tapi kala ini izinkan aku nyatakan silahlah kalian blajar menghormati keputusan orang lain. Pada kala ini kepala hotak aku sakit, sakit sangat namun sakit ini bukannya bererti aku hendak menjadi gilerr tapi emmm org ckp migraine. Tahlaa sejak dua menjak tiga menjak dan eerrr stop...terlalu pikirkan benda terutama pasal masa depan. Rupa-rupanya aku terlupa pada kata-kata ini kita hanya mampu merancang Tuhan Yang Masa Esa yang menentukan segala-galanya  kalau dah Qada'a & Qa'dar xperlulaa kita mengeluh. Weiii doll aku nak nyatakan disini serius untuk buat kali ini fok mung [korang] hormatilaa keputusan aku..kali ni aku rasa aku betul. Kenapa??? Aku nak jawab soalan kenapa dengan pertanyaan juga, bleh? Ahahah... Boleh tak sesiapa saja bertanggungjawab atas tanggungjawab yang telah diberikan kepada kalian? Boleh tak korang jangan cuba nak mengelak dengan memberi alasan-alasan untuk lepaskan diri dan jadikan orang lain sebagai mangsanya??? Maka Sialla kalian kalau gagal dalam lunaskan tanggungjawab bahkan tercelalah kalian sekiranya bergembira diatas usaha kesengsaraan orang lain.


Weiii aku rasa aku teraniaya sekarang niii...apa pun tak boleh. Sampai kala ini aku tak boleh tido..internet free peneman kala ini..haa untuk hiburkan aku terjumpa video clip yang dlmnya ada pemain TRW iaitu Apek.. Hormatilaa Apek untuk jadi popular sebegini ini kerana itu adalah Haknya...

  
Alamak rupa-rupanya, untuk kali pertama aku telah terserempak dengan konsert AF9 tadi arrrr...aku gagal dalam perjanji untuk tidak ambil kisah pasal AF..dammit..ahahah. [ jadi hormatila keputusan aku untuk terserempak dengan konsert AF9 tadi]

No comments: