Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri



Salam lebaran semua...apa yang pasti aku sudah bekerja dari semalam, yakni pada hari selasa bersamaan 5 syawal 1431H.... tahun ni hanya aku ada adikda ku jer yang balik kg..ok juga dah dia yang nak beraya sana..mana taknya dah parents aku g umrah kan..apa-apa pun mereka dah selamat pulang ke tanah air semalam..hari ni hari kedua kije..boring doooo!!! sampai bos aku pun boring xde buat apa..dia masuk kije hari ni dan  sampai-sampai kije je trus follow up email yang aku hantar pagi semalam kat contractor, bagus2x... g lepak bilik dia jap ucap selamar hari raya[bajet dapat duit raya tambahan :P]

Yang kesianya ada staff cini yang kije masa raya dahlaa nama dia pun sama dengan bulan ni..xper2 berkhidmat untuk kemajuan dan masa depan..

Wednesday, September 1, 2010

Cerita disebalik tido malam

curusetra.files.wordpress.com
Takku sangka cepedak menjadi nangka....biasanya si penulis sekiranya tido dan bermimpi jarang benar dapat ingat kembali apa yang dimimpikan, kalau ingat pun memory ini tidak bertahan lama, tapi tidak untuk mimpi semalam kerna apa? yer sampai ke saat ni si penulis masih mengingatinya mana taknya kelakar do!!!...


Biasanya kalau tersedar daripada mimpi ngeri seelok-eloknya ludahla ke kiri...kalau mimpi basah..sure bagun kena mandi wajib... kalau mimpi kelakar macam mana? boleh ke bangun-bangun tergelak..uhhu itu lah terjadi kepada si penulis... penulis tersedar kemudian tergelak sorang-sorang dan tersenyum... mimpi ni tiada kaitan dengan keinginan si penulis ingin bermimpi berjumpa dengan gadis yang diangaukan eheheh bila laa bleh mimpikan dia ni (seruis tengah angau)..takpe lupe kan.. berbalik kepada mimpi tersebut.. penulis bermimpikan Housemate a.k.a Teman serumahnya adalah seorang yang terkenal di dalam Negara ini, siapa dia? Perdana Menteri..yer serius do!! housemate penulis dalam mimpi tu adalah YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Perrr!!!!

Memang kelakar, tak lojik dan macam-macam lagi. Mana taknya PM(Perdana Menteri) nak tinggal serumah dengan si penulis ni, lepas tu siap sembang guna ayat kau dan aku..siap leh buat lawak dan gelak-gelak sama-sama lagi..aduh pelik... masa sebelum tersedar...PM balik ke rumah kalau tak silap dalam petang dengan tergesa-gesa, masa masuk tu ada bodyguard ikut sama tapi dia tunggu kat pintu jer, lalu penulis siap tanya Jib, nape ni, kalut dan tergesa-gesa jer ni nak g mana?nak kena kuar outstation ke?.. PM: A'ah aku kena g outstationla, kat China ada seminar dan lawatan. Penulis: Yerkerr..jangan lupe yer bawak balik souvenir dari sana? boleh plak cakap macam tu...seolah-olah emm perkara biasa padahal masa yang sama penulis teramat mengerti yang housematenya itu PM. lalu tersedar sambil tergelak dan tersenyum sorang-sorang.. adohlaa macam-macam betul penangan tido ni...langsung terus sahur dengan memakan kurma dan minum air... 
Sampai laa ni masih duk pikir dan tersenyum pelik betul mimpi semalam..rasanya kesan daripada penangan hari Merdeka kot..sungguh patriotik penulis ni....


moral: kadang-kala mimpi memaikan peranan sebagai terapi untuk menghadapi tekanan keesokkan harinya. Penulis ingatkan mimpin jumpa dengan gadis yang diangaukan...  
 Apa tafsiran mimpi ni?

Monday, August 30, 2010

Merdeka


Selamat Hari Merdeka untuk negara ku yang tercinta dan tempat tanah tumpah airku..sudah 53 tahun.. walaupun berbagai halangan dan cabaran aku tetap berbangga menjadi anak Malaysia...

Friday, August 27, 2010

Ramadhan ke 17


Di awal pagi nanti akan sahur ramadhan dengan niat sahaja aku berpuasa esok hari dibulan ramadhan fardu ke atasku kerana Allah Ta'ala. Yer hari ke 16 telah ditinggal dengan berbuka pada lewat senja tadi. Tapi sepanjang 16 hari tersebut apa telah aku lakukan...ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna... namun masih kurang mungkin teramat kurang pengisian yang aku lakukan..owss jahilnya aku....jahil segenap sudut..

Saturday, August 7, 2010

Vuvuzela

Dengan penuh gaya sebab aku nak snap gambar dia

Piala Dunia dah pun lama berlalu..lagi pun musim baru untuk liga eropah dah pun nak bermula..macam biasala..tapi sekilas liga malaysia pun dah tamat dimana Selngor juara Liga SUper buat kali kedua dan buat kali pertama Kelantan mendapat naib juara..tu pun sebab banyak seri masa tengah senok awal-awal liga.

Yang istimewanya ialah Vuvuzela.. tidak disangka-sangka Vuvuzela ni menarik perhatian dunia termasukla kat Tanah Air ku ni Malaysia yang tercinta. Mana taknya ketika persiangan liga super hampir penghujungnya tempias Vuvuzela merebak yang pastinya ketika perlawanan Selangor dan Kelantan dah ada orang pakai Vuvuzela ramai beb termasuk aku..tapi akunye dalam handset jerr bunyi macam kentut. eheheh. Ia turut berlanjutan ketika perlawanan KL dengan Kelantan. Lagi ramai yang guna Vuvuzela ni. Kuat dol bunyinya.. bergogarr eh bunyinyo (loghat nogori yang tah betol ker tak). Selepas tamat aku cuba nak tengok-tengok cendermata yang boleh dibeli per siap ada jual beb. AKu sembang dengan brader yang jual Vuvuzela ni, dia cakap tempah dari Hong Kong biala tempat ciplak barang-barang orang. tapi bunyi dia memang real.. sampaikan brader ni suruh aku try tiup.. haa amik ko bukan senang nak tiup beb.. mana taknya aku bajet hebat dengan sekali hembus hemmm angi jerr yang bunyi.. dia mesti ada teknik sendiri ala-ala serunai silat tu, kena kumpulkan angin banyak kat mulut bukan kat perot dan kecilkan bukaan mulut dab barula tiup... AMARAN KERAS JANGAN TIUP KAT TELINGA ORANG LAIN boleh jadi PEKAK!!!!!!!!!! jangan nak bergurau senda yerrr.. Tapi menyesal plak tak sebat satu leh buat kenangan siap ada bendera Kelantan tu..cayalaaa.
Vuvuzela RM35 sajer!!!
Banyak angin mamat 2 orang ni!!

Budak Vuvuzela

Kalau nak di ikutkan sejarah..mungkin asal usul Vuvuzela datang dari Asia spesifik lagi kat Malaysia.Cuba tengok gambar komik ni..ada tak!!!!uhuhuhu

Serunai Silat Vs Vuvuzela (gambar dari kelate.net)