Wednesday, January 19, 2011

Aku Kaya!!?

gambar hiasan: eh macam notebook aku jerr




Siapa dalam dunia ni taknak senang, benda yang payah nak senang jerr..tambah lagi benda yang dah senang nak lagi tu senang..lantak hampa laa...


Aku kadang-kadang meluat dan duk serabut asyik orang duk menyohorkan dirinya dapat duit berlambak dari tu.. dari ni..emmm... tambah-tambah lagi yang jenis hasut masyarakat supaya join business ala-ala pakman telor(ahahah business baru)...kedian duk ambik gambar sambil pegang duit berkepu kepur..chehhhh bajet powerlaa tu dengan mengatakan "saya dah dapat..anda bila lagi".. pernahkah kita selidik unsur-unsur kecil yang tak boleh diadili oleh logik dan mata kasar yang menyumbang kepada maksud halal dan haram... nak cakap benda haram..teh tarik boleh jatuh haram kalau minumnya menyebabkan mabuk...


Kalau terjebak payahlaa beb..aku serius taknak...dulu hampir-hampir jerr..nasib baik sikap kedekut aku ni membantu (yuhuuu baguslaa keduk@kupik..ko berguna dalam situasi ni)..yang hakikatnya boleh menyumbangkan kepada kes bunuh diri akibat hutang yang xleh dilangsaikan hasil pinjaman yang dibuat..jadi kalian kenalah bijak memikirkanya bukan hanya terletak pada logik dan mata kasar sahaja. Bagi aku baik aku jual donat kerr keropok lekor kerr lagi bagus janji tak tipu orang..ni tak dah macam iklan barangan kat tv yang charge tersembunyi tulis halus-halus kat bawah(nota kaki)..ingatlaa wei kalau dari awal sumbernya yang boleh meragukan sampai kesudahnya ianya tetap meragukan...


Wei brade(brother) yang jual kuih tiap-tiap hari depan opis aku tu, sumber pendapatan bersih dia lagi banyak dari aku punya gaji..kije xderlaa kena tekan dengan bos, customer dan KPI....(idea baru sudah muncul jeng..jengggg) 


nota kuku kaki yang cekang:Entry kali ini ditujukan kepada perniagaan ala mangkuk tingkat (eh..business kami bukan MLM laa) upsss terkeluar sudah

Wednesday, January 5, 2011

Entri Pertama untuk tahun 2011


Selamat Tahun Baru untuk diri ku sendiri.. yaa...serius shit dah lama tak nengok blog ini tahh..maybe blog aku x pop-ular blog orang lain.... Apa pun aku mahu ucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang telah menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya perrr power beb aku hanya zahirkan dengan ayat berikut: (boleh diikuti dlm FB aku...aku 

Ticket : RM 30
Jersey : RM 55
Tol: RM 3.20
LRT Ticket :emm RM 2 ++ (..kot)
Watching Malaysia Win: PRICELESS!!!!!



Aku begitu teruja berbicara pasal bola sebab masa Final First Leg aku ada pergi stadium perrr terbaik. Dan sekalung pujian terutama kepada pemain Kelantan iaitu NorShahrul Idlan dan Khairul Fahmi. Aku jangka kan Mat Yo akan dijulang selaku MVP (Most Valuable  Player) namun MPP aku nobatkan kepada Khairul Fahmi Che Mat atau Apex...tak sangka masa perlawanan antara Kelantan dan pasukan liga super sebelum ni yang aku kunjungi aku selalu tengok dia duk dibangku pemain simpanan jerr..igt lagi masa first half habis dia dan pemain lain masuk padang untuk buat warming up..Aku selalu duk kata..saperr ek Keeper Klate tu hok rambut panjang..xmain2 pun, muka macam ala-ala jepun (macam aku..ahahah)..tak sangka-sangka soklan yang selalu aku timbulkan telah dijawap oleh Beliau sendiri(KFCM). Caya laa lu bro..terus maju yer!!!
Sebagai tanda sokongan aku Ucap selamat Penganti baru untuk mat yo dan untuk Apex bila lagi lu...aku suka baca interview ko kat Blog awek ko 

Ini antara Koleksi gambar yang di 'Tangkap oleh ku sendiri'


yeay--haaaa

curi-curi 


pintu 2k(smagat abg ipar aku nih)

Stadium Bkt Jalil dari view LRT

Semua Pakat jadi Ultras

Geng Ultras Malay(aku duk sebelah diorag lepas tu)


Berbalik kepada tahun baru ada satu benda yang paling best iaitu tentttt aku xnak ceritakan lagi serius lain kali yerr..tapi yang aku nak cerita adalah benda yang paling tak best iaitu pasal kerjaya aku ni..Bodoh dan bengang sungguh eh!!!!!!!!! aku mula bosan giler2 dengan kerja aku.yerr aku nekad nak cari kerja lain. Atas Dasar apa?? yer pasal Skop Kerja dan Pasal Gaji...serius tak boleh blah.. pada saat ni pun aku geram dan meluat....langkah-langkah yang lain telah diambil dengan sewajarnya dan tak perlu aku jelaskan..Korang paham-paham laa sendiri.