Thursday, April 30, 2009

masalah

Adakah itu masalah buat ku dan adakah itu menyusahkan ku????jika ditanya perkara itu..lantas ku menjawab "sekiranya itu menyusahkan ku, sudah lama ku lupakan dan buat tak tau apa-apa yang berlaku" ku harap mengertikan perkara ini……………..dengarlaaaaa

Ketahuilah ku perlukan mu…Sekian.

Seperti yang dijangka

Tekaan dan jangkaan ku tepat….jika ada pilihan sememangnya akan dipilih pilihan itu… perlukah diturunkan nama belitan ku pada paparan kertas itu?sampai kesaat ni belum terlaksana perkara tu..walhalnya waktu sudah suntuk…perlukah ku menanyakan atau hanya redor..emm jika ditanya adakah akan menimbulkan persepsi eksen?berlagak? atau mcm mana?..perlukah ditanyakan soalan itu?????????????????????????????????????????????????????

Hari penentuan dah tiba selagi tidak dimplementasikan pemikiran tersebut..semuanya belum terjawab dan dengan nekadnya pertanyaan itu akan diajukan jugak…baik ko buat kalo tak ko akan menyesal..tanya dulu, kalo tak Tanya tak taulaa….Akan menyesal kemudaian hari….

Thursday, April 23, 2009

sebuah pembaharuan

Hemm setelah agaknya 3 tahun(zaman budak-budak kampus) gua dah tak merasai balik kampung menggunakan pengangkutan awal yang digelar Ekpress Wau....mcm biasalaa akan belikan yang tempat tido..tapi ada kesilapan kecil terbeli yang belah atas..emmm terpaksalaa gua memanjat..tapi xperlaa.. Sebenarnya nak cakap sekarang ni tiket dah jadi e tiket..emm lepas ni lagi senanglaa nak balik kg..harganya agak berpatutan yerlaa nak dibandingkan dengan pengangkutan yang bertayar getah..dahlaa agak mahal, dari segi keselamatan pun agak merisaukan namun kelebihannya hanya leh sampai awal... Mana taknya 8 jam jerr tapi kalu Ekspress Wau,waunya hampir 14jam leh sampai. Tapi berbaloi kalau anda amik yang ada katil...tapi gua leh tido jugak macam tido atas buaiyan jerr....

Friday, April 17, 2009

Berpolitik tidak kena mengena dengan akhirat?

::dipetik dalam ruangan Agama bersama Dato Harun Din:Harakah

SOALAN:
Ada pandangan mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia habis di dunia, itulah realitinya. Oleh kerana itu tidak timbul soal parti politik mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama, apa pandangan Dato?

JAWAPAN: Tidak. Sama sekali tidak begitu. Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. Islam yang sebenar adalah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat. Kedua-duanya berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang anda lakukan di dunia ini, akan diambil kira di akhirat. Itulah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya): "Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja-kerja manusia di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat. Kerja politik pun demikian juga. Ada politik baik dan ada politik jahat. Kerja politik adalah kerja besar dan berat. Guna dan kesannya juga amat besar. Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang dan malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik. Dan, tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharaja lela dan tidak dibalas di akhirat. Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat. Jika politik yang mementingkan parti dan kroni, maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita. Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjaran di akhirat. Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementing diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatasusila dan undang-undang kemanusiaan yang wajib dipelihara. Meskipun sudah ada penjelasan dalam media massa tentang Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan tidak berpisah antara urusan dunia dan akhirat, tiada pemisahan itu dalam Islam, namun kekeliruan masih ketara. Saya cadangkan bagi mereka yang meragui tentang hakikat ini, merenung kembali kepada ikrar dalam solat kita hari-hari yang dibaca dalam doa iftitah (mafhumnya): "Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah, Tuhan sekelian alam." Setiap kali solat kita membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tidak ada yang lain hanya semata-mata kerana Allah. Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Meskipun urusan di dunia, tetapi hendaklah kerana Allah. Berpolitik melalui jalan yang diredai Allah. Jika anda terbabit dengan politik yang menentang hukum Allah atau politik yang hendak dicapai itu bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ianya berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan sebagai khalifah Allah. Oleh yang demikian, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang anda lakukan. Penderhakaan terhadap Allah adalah suatu jenayah agama yang amat besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah-Nya seperti firman-Nya (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah, maka sesungguhnya dia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36) Jika sudah sesat maka Allah menyatakan lagi (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan di akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka di dalamnya buat selama-lamanya." (Surah al-Jin, ayat 23) Oleh kerana itu, berpolitiklah dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut-ikut atau terpengaruh dengan pujukan ahli-ahli politik yang tidak berpendirian. Anda ada panduan yang boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat, atau pun sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan di akhirat jika anda berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni. Wallahu a'lam.

Thursday, April 16, 2009

gua happy














Pesanan buat mereka yang kecewa :

Teruskan berjuang..jgn cepat mengalah begitulah ciri-ciri bakal seorang jaguh

Wednesday, April 15, 2009

Menghitung Hari

13 April sampai ? barapa haribulan April niii..arrr… 25 April kerr 3 May.. Alamak teringat yang RFS date CSE aku ialah 30 April…luperrr arrr…

Tuesday, April 7, 2009

Kekusutan

Dah datang balik dah perangai pelik niii…tolonglaa weii ..janganlaa benda ini terlalu awal seumpama yang lepas-lepas. Hanya tinggal beberapa ratus jam lagi semuanya diketahui..sama ada ya atau pn sebaliknya..aduh..tapi gua rasa macam pelik..tapi dah janji dah…wahhh nmpk gaya gua kena wasatiahkan diri balik nisss..dah Nampak terpesong dah..sama ada ini kat jalan nya ada gua terpaksa turapkan tar yang baru….adakah gua tengah memperbodohkan diri sendiri dari kebodohan makhluk lain…hemmmm…gua pikirlaa sdiri.

Siput Sedut a.k.a Kecal

Binatang ni boleh dimakan..kalo siapa-siapa yang makan binatang ni memang asyik..yang buatkan gua xbernafsu sangat sebab dia masak kuah lemak..emm warna dia kuning..gua xbrape nak makan lerr..ciss..syukk syukk syuk bunyi dia kalo makan binatang tuss..sedap koo heehhh…Cuma kuah warna kuning yang seingat gualaa laa ehh yang boleh layan..kuah yang ada ikan kering+paceri nanas..tuuu jerr..

Tahlaa gua xtau naperr maybe fobia dengan rebung…kalo kedai tu masak rebung gua leh tau dari jauh lagii..adakah betol teori si sidokkk yang katakan nama Nik xleh makan rebung? Tapi kalo menara rebung TM dan kedai Rebung chief Ismail gua leh layan jerr..hahahha..sungguh Unik dan Besarnya Ciptaan Yang Maha Esa

Friday, April 3, 2009

Peribahasa

Mempunyai maksud yang tersendiri…berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..cukup mengambarkan secara fizikalnya xsemudah yang disaksikan…Tak dapat diluahkan, tak mampu untuk digambarkan dan dibayangkan setiap keperitan hidup yang dialami, namu apakan daya Tuhan yang Maha Berkuasa mengetahuinya….yaa bercakap memangla mudah dengan kata2 yang terkeluar..namun bolehkah setiap keperitan itu dikongsi…adakah yang dikongsi itu bersamaan yang dimiliki…tak kan…xcukup dengan itu adakah mampu untuk memuaskan dan memenuhi setiap sudut dan inci ruang ini…nk dipikirkan boleh jadi gila..hanya yang Maha Berkuasa mempu mengubahnya..

Tiada satu pun keindahan akan berkekalan dan tidak satu pun keburukan berlanjutan..hanya yang mampu berdoa agar kebaikan dimiliki..wah alangkah indahnya semua itu kan…